Penanaman Kopi

PENANAMAN KOPI ROBUSTA
PENDAHULUAN
Kopi Robusta ialah sejenis tanaman minuman yang berasal dari kawasan tropika di bahagian yang berasal dari kawasan tropika di bahagian Barat Afrika.  Kopi ini bermutu tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi segera disamping kopi arabica.
Permintaan terhadap kopi robusta kini semakin meningkat selepas sebuah kilang membuat kopi segera didirikan di negara ini.  Bagi memenuhi permintaan tersebut penanaman kopi robusta digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi ini dari negara luar.  Di Semenanjung Malaysia, kopi ini banyak ditanam di negeri-negeri di sebelah utara terutamanya di Kedah.  Permintaan terhadap serbuk kopi robusta juga tinggi di kawasan ini.
CIRI-CIRI POKOK DAN BUAH KOPI ROBUSTA
Pokok kopi ini kecil, berbentuk payung dan tingginya mencapai tiga meter sekiranya tidak dicantas.  Daunnya lebih besar, berkerut dan nipis jika dibandingkan dengan kopi liberica.  Bunganya keluar serentak dari ketiak daun, berwarna putih dan berkelompok-kelompok.
Bunga kopi yang masih muda bewarna hijau dan akan bertukar menjadi merah tua apabila masak.  Jangkamasa dari berbunga untuk menjadi buah yang matang ialah di antara 8 hingga 10 bulan.  Buah kopi berbentuk bulat, berkulit nipis dan berukuran 0.8 hingga 1.5 cm garispusat.  Nisbah berat antara buah basah dan biji kering ialah 3:5:1 hingga 5:5:1 bergantung kepada keadaan sekitar.  Bagi setiap satu kilogram berat terdapat lebih kurang 3,500 biji kopi kering.  Biji kopi kering mengandungi antara 2 hingga 2.5 peratus caffein.  Peratus kandungan ini adalah tinggi berbanding dengan kopi liberika (1.5 - 1.6%) dan arabica (1- 1.5%).

No comments:

Post a Comment